Pengenalan Syarikat
NILAI IDAMAN RESOURCES adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftar Perniagaan 1965 yang bermula operasi pada tahun 2016.Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi pembekal dan menyelia perkhidmatan terbaik dan berdaya saing.
NILAI IDAMAN RESOURCES menyediakan pembekalan,perkhidmatan dan penyelengaraan untuk semua jenis unit penyaman udara domestik dan komersil. Kami juga menawarkan perkhidmatan dan membaiki semua jenis penghawa dingin dan sistem penyaman udara yang berasaskan gas R22 dan R410A. Bagi sistem yang lebih besar dimana melibatkan banyak unit, kami menawarkan kontrak penyelenggaraan pada harga yang sangat kompetitif. Bagi memastikan sistem kerja berada di tahap yang optimum, kami membekalkan juruteknik yang berpengalaman untuk menganalisis dan membaiki apa-apa jenis kerosakan yang berlaku. Mereka juga mempunyai tahap kecekapan yang tinggi untuk mengendalikan unit-unit penyaman udara daripada jenama popular seperti YORK, ACSON, TOPAIR dan sebagainya.
NILAI IDAMAN RESOURCES mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan berdaya saing seiring dengan perkembangan ekonomi.
VISI SYARIKAT
Visi utama syarikat NILAI IDAMAN RESOURCES adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu,syarikat ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dan memberikan perkhidmatan dan pembekalan terbaik kepada pelanggan yang lebih terjamin dan berkualiti.
Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga kerja yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.
NILAI IDAMAN RESOURCES akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.
0 comments:
Post a Comment